Pengalaman
Bermula Dari Seorang Juruteknik Aircond
Sifu Service Aircond ditubuhkan dengan satu matlamat yang jelas — memberikan servis aircond yang jujur dan berkualiti kepada rakyat Malaysia.
Kami bermula sebagai seorang juruteknik aircond yang melihat terlalu ramai pelanggan ditipu dengan caj tersembunyi dan kerja yang separuh masak. Dari situlah Sifu Service Aircond lahir — sebuah syarikat servis aircond yang mengutamakan ketelusan harga, kerja yang kemas, dan kepuasan pelanggan.
Hari ini, kami telah berkembang menjadi pasukan juruteknik aircond bertauliah yang meliputi lebih 50 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor. Daripada cuci aircond biasa hingga overhaul menyeluruh, kami sedia membantu pelanggan rumah dan pejabat dengan servis aircond profesional.
Bertauliah & Terlatih
Jujur & Berpatutan